Halaman

Sabtu, 12 Januari 2013

Kisah Seorang Paderi Dan Pemuda Islam

{MARIMEMBACA} "Paderi dan Kunci Syurga"

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Jumaat, 28 Disember 2012

Wanita yang Bijak!

Perubahan mungkin memakan masa yang agak lama untuk disempurnakan seperti yang kita kehendaki. Tetapi dengan Azam yang tinggi dan yakin akan Allah sentiasa bersama kita.
   Keputusan yang diambil bukanlah satu keputusan yang bodoh dan memalukan tetapi ia sebagai titik tolak perjalanan yang masih panjang dan diredhai Allah. Jangan takot atau malu untuk berubah dek kerana kutukan dan tomahan orang disekeliling kita.
   Pepatah urdu ada mengatakan bahawa " perkara yang memalukan itu membanggakan aku". Ini bermaksud memalukan diri kerana kelemahan, tetapi  malu dek kerana ujian untuk menjadi mukmin yang sejati. Allah Bless YOu!

Khamis, 27 Disember 2012

Fhadilat solat Subuh..^__^


Andai kata mereka mengetahui pahala solat berjemaah (Isya’) dan subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak (al-Bukhari dan Muslim)
Salah satu solat yang paling berat dilaksanakan secara berjamaah adalah solat subuh. Kita lihat di masjid-masjid, ketika iqamat subuh dikumandangkan, jamaah yang ada kebanyakan hanya satu saf saja. Bahkan, kebanyakan lagi, satu saf saja tak full, dari tembok kiri hingga tembok kanan. Bahkan tak jarang solat subuh di masjid hanya dihadiri oleh beberapa orang yang tidak lebih dari jari satu tangan.

Manfaat Mendengar dan Membaca Al-Quran

MENDENGAR BACAAN AL QURAN dengan baik dan tenang, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras, serta mendatangkan petunjuk ALLAH... Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan Al-Quran dengan baik... Demikian besar MUKJIZAT AL QURAN sebagai wahyu Ilahi, yang tidak bosan-bosan orang membaca dan mendengarkannya.. Malahan semakin sering orang membaca dan mendengarkannya, semakin terpikat hatinya kepada Al-Quran; dan bila Al-Quran dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara yang baik dan merdu akan lebih memberi pengaruh kepada jiwa orang yang mendengarkannya dan bertambah imannya... Bagaimana keadaan orang Mukmin tatkala mendengarkan bacaan Al-Quran itu digambarkan oleh firman Allah sebagai berikut:

Kahwin Diusia Muda Bukan Senang!


Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda.. Alhamdulillah..
Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!

Cinta Mahabbah


Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda
Tiada gambar seindah lukisan 
nak ku tunjukkan perasaan
Tersusun indah senikata dalam irama dan lagu yang didendangkan. Melahirkan rasa cinta seseSaveorang kepada orang yang dicintainya. Terjadi cinta kerana fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah sememangnya cinta terjadi kerana mematuhi kehendak Allah. Justeru kesempurnaan cinta seseorang kepada Allah ialah bila dia mencintai seseorang yang dicintai oleh Allah dan dia membenci seseorang yang dibenci oleh Allah.

Setelah Bergelar Muslimah

"Iblis menjawab: 'Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan men-dapati kebanyakan mereka bersyukur (ta'at).'" (Surah Al A'raf ayat 16-17).